CHEMICAL ENGINEERING/KEJURUTERAAN KIMIA USM, BEST KE? SUSAH KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. ini adalah blog pertama saya di tahun 2020. hehe masih ada ke yang baca blog? hehe kalau takde pun takpe, saya tulis sekadar untuk saje-saje atau mungkin ada kawan kawan di luar sana yang nak tau pasal ni kan 

terlebih dahulu, saya perkenalkan diri saya. di sini saya hanya mahu dikenali sebagai Mong (semestinya bukan nama sebenar, ini nama panggilan saya di universiti haha ytjt). pada tahun 2020 ini, saya telah masuk tahun ke-2 untuk kursus kejuruteraan kimia atau chemical engineering di Universiti Sains Malaysia USM. lagi beberapa hari saya dah nak habis semester 2, dan saya akan masuk tahun ke-3 untuk semester yang seterusnya hehe yeay!!!

buat kawan-kawan di luar sana yang tertanya berkenaan kursus ini, di sini saya akan kongsikan pengetahuan saya, tetapi perkongsian ini hanya terhad kepada pengetahuan saya sahaja. untuk maklumat lebih detail boleh contact pusat pengajian kejuruteraan kimia ya hehe.

1. berapa minimum pointer untuk masuk chemical school (school of chemical engineering USM) ya?
untuk soalan ini, saya yakin ia depends kepada pihak pentadbiran school(pusat pengajian) sendiri. mungkin setiap batch, lain minimum pointer requirementnya. tetapi masa batch saya masuk dulu, dekan ada sebutkan untuk batch kami, minimum pointer untuk masuk kursus kejuruteraan kimia USM ini adalah 3.88. jadi nasihat saya buat adik adik di luar sana yang nak masuk school of chemical engineering ni, better dapatkan above 3.90 untuk secure tempat anda di sini, sebab pesaing memang ramai gila. berapa puluh ribu pemohon, hanya berapa puluh orang sahaja yang akan diserap masuk. macam batch saya, hanya 85+- sahaja yang dapat tempat hehe

2. susah ke chemical engineering?
bagi saya, apa apa kursus/course pun itu, pasti ada susah dan senangnya sendiri. semuanya bergantung dengan kerajinan dan tekad seseorang individu itu. saya tidak menafikan chemical engineering menawarkan subjek-subjek yang heavy gila macam mass transfer, heat transfer, fluid flow dan sebagainya. kalau anda minat, insyallah anda boleh buat. walau bagaimanapun, walaupun pelajar-pelajar kejuruteraan kimia masuk dengan pointer yang sangat tinggi seperti 3.88, 3.90 dan 4.0, banyak juga pelajar yang terkucil bila masuk exam. ramai yang dapat 3.0, 3.1, bahkan ada yang dapat bawah 3.0 (menurut pensyarah). jadi diri sendiri kena usaha la huhu saya pun terkucil juga, sedih!

3. mahal tak yuran?
soal yuran saya tak boleh bantu sangat sbb saya sendiri tak tau sangat, boleh rujuk website school of chemical engineering atau hubungi school untuk maklumat lanjut ya. tapi saya rasa lagi murah dari swasta hehe

4.  chemical engineering ni belajar pasal kimia ke?
ha ini penting. 90% pelajar yang apply kursus kejurtueraan kimia ini tertipu dengan diri sendiri. kejuruteraan kimia tidak ada kena mengena langsung sbb mana mana analisis kimia ya!!!! kalau anda minat kimia, tolong la jangan applu kursus ini. kursus ini menekankan subjek FIZIK DAN MATEMATIK. that is what engineering really is. bila cakap pasal engineering, sudah pasti anda tidak akan lari dari fizik dan matematik. jadi pastikan anda ada basic yang kuat dalam fizik dan matematik untuk apply kursus ini. 

5. habis tu kalau takde belajar kimia, kenapa nama kursus ni CHEMICAL engineering?
secara umumnya, memang takkan sentuh langsung pasal analisis kimia, tetapi, subjek subjek yang dipelajari nanti akan ada kaitan dengan ilmu kimia yang telah dipelajari di sekolah/matrik/asasi/diploma. sebagai contoh, untuk subjek thermodynamics, pelajar akan belajar pelbagai themodynamics laws yang akan ada kaitan dengan kimia. kejuruteraan kimia ini kursus untuk melahirkan engineer yang mahir dalam bidang production khususnya, seperti production of propylene di kilang, dan sebagainya. secara ringkasnya, chemical engineering akan membantu chemical engineer dalam industry oil and gas dan sebagainya.

saya rasa setakat ini sahaja dahulu hehe. sebarang persoalan boleh tinggalkan komen atau follow saya di 

instagram: @lyanasabrina
twitter: @nehcnihs

untuk respond yang lebih pantas hehe goodbyeeee

Comments